Assalamualaikum w.bt.t
entri ini merupakan sambungan dari entri yang farra pernah buat dulu,boleh jenguk kat sini Benak Rindu * tapi entri terdahulu ditulis dalam bahasa sarawak,so farra akan olah semula dalam bahasa malaysia kat entri ni *
Sri Aman(nama asalnya adalah Simanggang) merupakan salah satu bandar dan bahagian dalam sarawak yang terkenal dengan kisah buaya lagenda iaitu Bujang Senang dan fenomena unik ombak gadang yang dikenali sebagai Benak..
Benak Batang Lupar berada di tangga ke-4 terbesar di dunia di antara 10 tempat yang disenaraikan iaitu..
1) Araguari Pororoca, Amapa State, Brazil
2) Qiantang Dragon, Haining Province, China
3) Kampar Bono, Sumatra Indonesia
4) Batang Lupar Benak, Sarawak Malaysia
5) Dordonge & Garonne Mascaret, Aquitaine France
6) Seven Bore, Gloucestershire, England
7) Cook Inlet Bore (Turnagain Arm & Knik Rivers), Alaska USA
8) Bay of Fundy Bore (Petitcodiac, Schubenacadle, Salmon Rivers), Canada
9) Bale du Mt St, Michel (See', Selune, Couesnon)
10) Trent Aegir, Lincolnshire, England
Pesta Benak merupakan satu pesta yang dinanti-nantikan setiap tahun oleh penduduk Sri Aman dan kawasan sekitar berikutan banyak aktiviti yang dijalankan.Antaranya adalah Mr.Benak(bina badan),Benak Idol,Regata Pesta Benak(lumba perahu), gerai jualan,pameran dan lain-lain lagi..
Namun di antara kebanyakan aktiviti yang disediakan,yang paling digemari dan menjadi tumpuan adalah Benak Surfing,ini adalah kerana selain peluncur tempatan yang bakal beraksi,peluncur dari luar negara turut menyertai untuk mempamerkan aksi mereka.
Benak Surfing
Kyron Rathbone - Perancis
Antony Colas - Perancis
Abdillah Ahmad - Sri Aman
David Ho - Sri Aman
Isyamudin - Sri Aman
Jonez Mackean - Sri Aman
Normaslina Mohd Nor - Sri Aman
Wahup B.Habesah - Sri Aman
# kredit gambar untuk Peluncur Benak Batang Lupar,Sri Aman Malaysia & Sawfie Shoppe Aulia
kredit untuk peluncur benak : Wahub b. Habesah , Isyamudin Ishak , Jonez Mackean , Normaslina Mohd Nor , Abdillah Ahmad , Antony Colas , David Ho , Wilson Goh
walaupun hjan membasahi sri aman,tidak mematahkan semangat penonton untuk menyaksikan pertandingan lumba perahu
lautan manusia membanjiri sri aman
pertandingan Mr.Benak
#kredit gambar untuk Wan Muhammad Shazwan As-Saggaff
wahh..best nya..kmk xpenah gk pg pesta benak..ingin juak pg sri aman mun ada rezeki.. :)
ReplyDeletepergilah utk next year :)
Deletekmk 2 tahun dah bkerja di sri aman..so,benak tk still dkira luar biasa bagi kmk..haha :D
Nasib tak di bawa ombak tu tenggelam sbb permpuan jalang spatutnya di ngap buaya.
ReplyDelete