>

buat duit dari rumah?

Pages

Saturday 16 November 2013

homemade beef burger (beef patties)

Assalamualaikum wbt..
actually entri ni beberapa hari yang lepas nak buat..tapi disebabkan busy kerja,baru nak publish arini.. :)
pagi isnin yang lepas,waktu bangun tido tu tetiba tekak teringin nak makan homemade burger ..
tapi memandangkan kat kawasan ni,stall burger hanya bukak petang hari..so farra decide nak buat sendiri beef patties..hehe
pergi dapur jenguk barang tengok apa yang perlu,kot2 ada yang nak ditambah..
then farra pun beli mana yang patut..

korang tak perlu risau sebab resepi ni sangat2 mudah,budak kecik pun boleh buat..hihi
okay..yang korang kena ada adalah....

lada hitam - tumbuk halus
garam - secukup rasa
thyme - tak bubuh pun takpe,
farra gune sebab sukakan bau herbs ni dalam masakan western..serius wangi
bawang besar - cincang halus
paprika - secukup rasa,nak lagi pedas boleh letak banyak

ni 'pelakon' utama yang wajib ada.hehe..daging cincang,boleh dapatkan dekat supermarket
ni nak pesan sikit,kebiasaannya daging cincang yang frozen ni akan ada cecair disebabkan ais..so kena tos before campur dengan bahan2 lain,takut2 nanti beef patties tu tak kepal or dengan kata lain terlampau basah..

masukkan semua bahan2 tadi..

uli dengan tangan yang bersih okay..guna glove plastik pun boley..pastikan bersih!
uli sehingga daging tu memang dah berkepal or tak lerai..

bentukkan ikut kehendak jiwa masing2..buat meatball pun boleh wahai akak2 sekalian..
biarkan seketika,kalau nak letak dalam plastik untuk frozen food pun boleh..letak dalam peti ais untuk makan esok lusa :)

boleh goreng or grill mengikut kesukaan masing2..
disebabkan bekalan roti burger dah habis,farra gune roti biasa je..
lately farra geram sangat makan tomato,tak tau kenape..haha.so farra bubuh tomato 4 slices,daun salad,hirisan bawang besar..serius meletop!kepom kepow! 



terima kasih◦"̮◦みaツみaツみa◦"̮

Sunday 3 November 2013

just my two cents

manusia ni
ada macam-macam jenis
kalau duduk dekat shopping complex
dok perhatikan orang
banyak kerenah yang boleh kita lihat

dalam kita berkawan pun
tak semuanya sama
ada yang boleh kita harapkan
ada yang kita jangan pandang pun

dalam sepanjang diri kita bernafas
pernah atau tidak terdetik di hati
"siapa aku di pandangan mata orang lain"
"adakah aku cukup memuaskan hati orang lain"
"sempurnakah aku untuk berada dalam masyarakat"

selama aku hidup
sebagai seorang anak
sebagai remaja
sebagai perempuan
sebagai pelajar
sebagai pekerja
sebagai sahabat
sebagai teman

dari sebaik-baik manusia
hinggalah sejahat-jahat manusia
yang pernah aku kenal
tak semuanya sempurna
tak semuanya berpuas hati dengan diri sendiri dan orang lain

aku tak cakap yang aku ni terlampau bagus sehinggakan aku melabelkan mereka begitu
aku cuma nak petik beberapa pengajaran yang aku dapat sepanjang aku berkawan atau kenal dengan mereka

"susah mana sekalipun hidup,jangan sesekali membelakangkan tuhan.."

"kalau rasa mudah timbul dengki atau sakit hati dengan orang lain,jangan persoalkan kesalahan mereka,sebaliknya tanya pada diri sendiri kenapa begitu mudah timbul rasa negatif pada orang lain"

"kalau diri sendiri memang dah tak sempurna,jangan mencacatkan lagi ketidaksempurnaan tersebut"

"kita tak suka orang lain persoalkan diri kita,kita benci pada mereka yang mencampuri urusan kita..tapi adakah kita sedar bahawa diri kita sendiri membuka peluang pada orang lain untuk mengata kita.."


aku kadang-kadang memang tergerak hati nak menegur
nak berkata
nak bersuara
tapi..
aku tahan
sebab banyak benda yang aku kena fikirkan
baik buruk yang akan berlaku

untuk entri yang aku tulis ni pun,aku ambik masa seminggu nak publish
atas sebab?
aku tahu ada mata yang memerhati
aku cuma nak bagitau
entri ni bukannya nak bash sesiapa pun
hanya perkongsian as a human and blogger..

jangan pulak ada yang menyampaikan cerita begitu begini
tak molek
tapi kalau nak buat jugak
aku tak kisah
sebab aku dah highlight kat atas tu sebab aku menulis benda ni
terpulang pada diri samada nak menerima maklumat itu dengan sempurna atau membodohkan diri sendiri..






terima kasih◦"̮◦みaツみaツみa◦"̮