>

buat duit dari rumah?

Pages

Saturday, 16 November 2013

homemade beef burger (beef patties)

Assalamualaikum wbt..
actually entri ni beberapa hari yang lepas nak buat..tapi disebabkan busy kerja,baru nak publish arini.. :)
pagi isnin yang lepas,waktu bangun tido tu tetiba tekak teringin nak makan homemade burger ..
tapi memandangkan kat kawasan ni,stall burger hanya bukak petang hari..so farra decide nak buat sendiri beef patties..hehe
pergi dapur jenguk barang tengok apa yang perlu,kot2 ada yang nak ditambah..
then farra pun beli mana yang patut..

korang tak perlu risau sebab resepi ni sangat2 mudah,budak kecik pun boleh buat..hihi
okay..yang korang kena ada adalah....

lada hitam - tumbuk halus
garam - secukup rasa
thyme - tak bubuh pun takpe,
farra gune sebab sukakan bau herbs ni dalam masakan western..serius wangi
bawang besar - cincang halus
paprika - secukup rasa,nak lagi pedas boleh letak banyak

ni 'pelakon' utama yang wajib ada.hehe..daging cincang,boleh dapatkan dekat supermarket
ni nak pesan sikit,kebiasaannya daging cincang yang frozen ni akan ada cecair disebabkan ais..so kena tos before campur dengan bahan2 lain,takut2 nanti beef patties tu tak kepal or dengan kata lain terlampau basah..

masukkan semua bahan2 tadi..

uli dengan tangan yang bersih okay..guna glove plastik pun boley..pastikan bersih!
uli sehingga daging tu memang dah berkepal or tak lerai..

bentukkan ikut kehendak jiwa masing2..buat meatball pun boleh wahai akak2 sekalian..
biarkan seketika,kalau nak letak dalam plastik untuk frozen food pun boleh..letak dalam peti ais untuk makan esok lusa :)

boleh goreng or grill mengikut kesukaan masing2..
disebabkan bekalan roti burger dah habis,farra gune roti biasa je..
lately farra geram sangat makan tomato,tak tau kenape..haha.so farra bubuh tomato 4 slices,daun salad,hirisan bawang besar..serius meletop!kepom kepow! 



terima kasih◦"̮◦みaツみaツみa◦"̮

Sunday, 3 November 2013

just my two cents

manusia ni
ada macam-macam jenis
kalau duduk dekat shopping complex
dok perhatikan orang
banyak kerenah yang boleh kita lihat

dalam kita berkawan pun
tak semuanya sama
ada yang boleh kita harapkan
ada yang kita jangan pandang pun

dalam sepanjang diri kita bernafas
pernah atau tidak terdetik di hati
"siapa aku di pandangan mata orang lain"
"adakah aku cukup memuaskan hati orang lain"
"sempurnakah aku untuk berada dalam masyarakat"

selama aku hidup
sebagai seorang anak
sebagai remaja
sebagai perempuan
sebagai pelajar
sebagai pekerja
sebagai sahabat
sebagai teman

dari sebaik-baik manusia
hinggalah sejahat-jahat manusia
yang pernah aku kenal
tak semuanya sempurna
tak semuanya berpuas hati dengan diri sendiri dan orang lain

aku tak cakap yang aku ni terlampau bagus sehinggakan aku melabelkan mereka begitu
aku cuma nak petik beberapa pengajaran yang aku dapat sepanjang aku berkawan atau kenal dengan mereka

"susah mana sekalipun hidup,jangan sesekali membelakangkan tuhan.."

"kalau rasa mudah timbul dengki atau sakit hati dengan orang lain,jangan persoalkan kesalahan mereka,sebaliknya tanya pada diri sendiri kenapa begitu mudah timbul rasa negatif pada orang lain"

"kalau diri sendiri memang dah tak sempurna,jangan mencacatkan lagi ketidaksempurnaan tersebut"

"kita tak suka orang lain persoalkan diri kita,kita benci pada mereka yang mencampuri urusan kita..tapi adakah kita sedar bahawa diri kita sendiri membuka peluang pada orang lain untuk mengata kita.."


aku kadang-kadang memang tergerak hati nak menegur
nak berkata
nak bersuara
tapi..
aku tahan
sebab banyak benda yang aku kena fikirkan
baik buruk yang akan berlaku

untuk entri yang aku tulis ni pun,aku ambik masa seminggu nak publish
atas sebab?
aku tahu ada mata yang memerhati
aku cuma nak bagitau
entri ni bukannya nak bash sesiapa pun
hanya perkongsian as a human and blogger..

jangan pulak ada yang menyampaikan cerita begitu begini
tak molek
tapi kalau nak buat jugak
aku tak kisah
sebab aku dah highlight kat atas tu sebab aku menulis benda ni
terpulang pada diri samada nak menerima maklumat itu dengan sempurna atau membodohkan diri sendiri..






terima kasih◦"̮◦みaツみaツみa◦"̮

Monday, 28 October 2013

Pahang VS Sarawak , 26 Okt 213

Tak nak ulas panjang hal ni..
Sekalung tahniah untuk pasukan Pahang kerana berjaya melayakkan diri ke final untuk beraksi menentang Kelantan dan merebut gelaran juara..
Untuk pasukan kesayangan kami,Ngap Sayot..
Kalah atau menang,itu adat pertandingan..kami rakyat Sarawak tetap bangga dengan pasukan pimpinan Robert Albert dan Awg Mahyan..tahun depan kita boleh cuba lagi :)
Dan untuk penyokong Tok Gajah,kami sebagai penyokong Ngap Sayot ingin memohon maaf atas kekecohan yang berlaku..kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda ke Bumi Kenyalang ini..

Tak lupa juga pada GB13 kerana sedaya upaya menyatukan kami rakyat Sarawak dan menaikkan semangat penyokong untuk skuad bujang senang.
mereka berada di mana-mana sahaja untuk menyebarkan semangat 88 untuk rakyat Sarawak :)





suasana stadium keramat pada malam pertemuan Pahang dan Sarawak




barisan perwira yang kami sayangi :)

untuk kapten JKT,kami sebagai sayoter's tetap menyokong dan mendoakan pasukan Sarawak tak kira menang atau kalah..

Sani Anuar yang berjanji gawang tidak akan bolos,memohon maaf kepada penyokong Ngap Sayot

lautan merah penyokong Ngap Sayot


Terima kasih GB13!

semangat Ngap Sayot si cilik


#kredit gambar untuk Ariestiawani Tadam , GB13 , Craig Shapon David , Sarawak Football

terima kasih◦"̮◦みaツみaツみa◦"̮

Friday, 25 October 2013

Pesta Benak Sri Aman Sarawak,2013



Assalamualaikum w.bt.t
entri ini merupakan sambungan dari entri yang farra pernah buat dulu,boleh jenguk kat sini Benak Rindu * tapi entri terdahulu ditulis dalam bahasa sarawak,so farra akan olah semula dalam bahasa malaysia kat entri ni *

Sri Aman(nama asalnya adalah Simanggang) merupakan salah satu bandar dan bahagian dalam sarawak yang terkenal dengan kisah buaya lagenda iaitu Bujang Senang dan fenomena unik ombak gadang yang dikenali sebagai Benak..
Benak Batang Lupar berada di tangga ke-4 terbesar di dunia di antara 10 tempat yang disenaraikan iaitu..

1) Araguari Pororoca, Amapa State, Brazil
2) Qiantang Dragon, Haining Province, China
3) Kampar Bono, Sumatra Indonesia
4) Batang Lupar Benak, Sarawak Malaysia
5) Dordonge & Garonne Mascaret, Aquitaine France
6) Seven Bore, Gloucestershire, England
7) Cook Inlet Bore (Turnagain Arm & Knik Rivers), Alaska USA
8) Bay of Fundy Bore (Petitcodiac, Schubenacadle, Salmon Rivers), Canada
9) Bale du Mt St, Michel (See', Selune, Couesnon)
10) Trent Aegir, Lincolnshire, England

Pesta Benak merupakan satu pesta yang dinanti-nantikan setiap tahun oleh penduduk Sri Aman dan kawasan sekitar berikutan banyak aktiviti yang dijalankan.Antaranya adalah Mr.Benak(bina badan),Benak Idol,Regata Pesta Benak(lumba perahu), gerai jualan,pameran dan lain-lain lagi..
Namun di antara kebanyakan aktiviti yang disediakan,yang paling digemari dan menjadi tumpuan adalah Benak Surfing,ini adalah kerana selain peluncur tempatan yang bakal beraksi,peluncur dari luar negara turut menyertai untuk mempamerkan aksi mereka.

Benak Surfing


Kyron Rathbone - Perancis

Antony Colas - Perancis

Abdillah Ahmad - Sri Aman

David Ho - Sri Aman

Isyamudin - Sri Aman

Jonez Mackean - Sri Aman

Normaslina Mohd Nor - Sri Aman

Wahup B.Habesah - Sri Aman







kredit untuk peluncur benak : Wahub b. Habesah , Isyamudin Ishak , Jonez Mackean , Normaslina Mohd Nor , Abdillah Ahmad , Antony Colas , David Ho , Wilson Goh








walaupun hjan membasahi sri aman,tidak mematahkan semangat penonton untuk menyaksikan pertandingan lumba perahu






lautan manusia membanjiri sri aman



pertandingan Mr.Benak

#kredit gambar untuk Wan Muhammad Shazwan As-Saggaff

terima kasih◦"̮◦みaツみaツみa◦"̮

Sunday, 20 October 2013

wordless sunday











terima kasih◦"̮◦みaツみaツみa◦"̮

Sunday, 1 September 2013

macam biasa

on off
tak teratur
sekejap ada
sekejap hilang
thats me ^^

terlampau banyak benda yang berlaku,senang je kalau nak buat conclusion kalau blog beta dah berhabuk tak update apa2
punca utama
1, banyak benda yang perlu diuruskan
2, ada masalah yang mendorong kepada kemalasan mengeluarkan entri

btw..
Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 56..
LAMBAT KAN?
tapi takpe..asalkan ada..

**berlari-lari anak meninggalkan kawasan yang tak dikehendaki..

terima kasih◦"̮◦みaツみaツみa◦"̮

Saturday, 13 July 2013

ketibaan bulan yang mulia

assalamualaikum wbt
yang pertama sekali farra nak ucap adalah,
Salam Ramadhan Al-Mubarak & Selamat Berpuasa bagi umat islam seluruh dunia yang dikasihi Allah Swt..

hari ni hari keempat berpuasa..
macam2 dugaan yang berlaku kan?
bulan biasa tak lah semenggah gini.hahah
masuk bulan puasa,nasi kosong pun boleh jadi beriani gara2 lapar.. :)

dalam masa farra bercuti dari KL hingga seluruh SARAWAK aritu *seluruh lah sangat --" *
farra ada draft'kan entri mengenai percutian farra..tapi,oleh kerana ada masalah2 yang tak dapat dielakkan,draft tersebut tidak dapat disiarkan..huhu sedeyyyyy

bajet pemes doh sebab nak publish story pasal holiday..hahahha :D
bukan apa,saje je nak share story..apa yang best time holiday,ape yang tak best..at least boleh jadi panduan kan? :)

sekarang ni farra aktif di instagram * boleh follow kat farrahjuna *
twitter dah mula dikhianati..
sebab tengah mencari alternatif untuk mengekspresikan luahan hati at the same time,having fun with it..
any application yang boleh korang suggest? ^^,

btw,dalam masa yang terdekat ni farra akan mulakan balik bisnes online..
sebab dah mencapai tahap kebosanan bila duduk di rumah..






terima kasih◦"̮◦みaツみaツみa◦"̮