>

buat duit dari rumah?

Pages

Sunday 3 November 2013

just my two cents

manusia ni
ada macam-macam jenis
kalau duduk dekat shopping complex
dok perhatikan orang
banyak kerenah yang boleh kita lihat

dalam kita berkawan pun
tak semuanya sama
ada yang boleh kita harapkan
ada yang kita jangan pandang pun

dalam sepanjang diri kita bernafas
pernah atau tidak terdetik di hati
"siapa aku di pandangan mata orang lain"
"adakah aku cukup memuaskan hati orang lain"
"sempurnakah aku untuk berada dalam masyarakat"

selama aku hidup
sebagai seorang anak
sebagai remaja
sebagai perempuan
sebagai pelajar
sebagai pekerja
sebagai sahabat
sebagai teman

dari sebaik-baik manusia
hinggalah sejahat-jahat manusia
yang pernah aku kenal
tak semuanya sempurna
tak semuanya berpuas hati dengan diri sendiri dan orang lain

aku tak cakap yang aku ni terlampau bagus sehinggakan aku melabelkan mereka begitu
aku cuma nak petik beberapa pengajaran yang aku dapat sepanjang aku berkawan atau kenal dengan mereka

"susah mana sekalipun hidup,jangan sesekali membelakangkan tuhan.."

"kalau rasa mudah timbul dengki atau sakit hati dengan orang lain,jangan persoalkan kesalahan mereka,sebaliknya tanya pada diri sendiri kenapa begitu mudah timbul rasa negatif pada orang lain"

"kalau diri sendiri memang dah tak sempurna,jangan mencacatkan lagi ketidaksempurnaan tersebut"

"kita tak suka orang lain persoalkan diri kita,kita benci pada mereka yang mencampuri urusan kita..tapi adakah kita sedar bahawa diri kita sendiri membuka peluang pada orang lain untuk mengata kita.."


aku kadang-kadang memang tergerak hati nak menegur
nak berkata
nak bersuara
tapi..
aku tahan
sebab banyak benda yang aku kena fikirkan
baik buruk yang akan berlaku

untuk entri yang aku tulis ni pun,aku ambik masa seminggu nak publish
atas sebab?
aku tahu ada mata yang memerhati
aku cuma nak bagitau
entri ni bukannya nak bash sesiapa pun
hanya perkongsian as a human and blogger..

jangan pulak ada yang menyampaikan cerita begitu begini
tak molek
tapi kalau nak buat jugak
aku tak kisah
sebab aku dah highlight kat atas tu sebab aku menulis benda ni
terpulang pada diri samada nak menerima maklumat itu dengan sempurna atau membodohkan diri sendiri..






terima kasih◦"̮◦みaツみaツみa◦"̮

4 comments:

  1. Replies
    1. bila dikelilingi org mcm ni..memang kena kuat semangat..pedulikan org nak kata ape kan.. :)

      Delete
  2. Salam. Blogwalking sini :) Done follow ^^

    http://belogbudakmuslim.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Perempuan yg berlagak baik je. What u did last summer will always hunting u until u die.

    ReplyDelete

mereka yang mendoakan farra bahagia & kaya (•ˆ⌣ˆ•)